Laman Utama

ATNM2: Terima Ugutan, Fieqa Buat Laporan Polis Terhadap Netizen! - “Melampau Sampai Ganggu ..."

Asyikin Mayudin
21/12/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
ATNM2: Terima Ugutan, Fieqa Buat Laporan Polis Terhadap Netizen! - “Melampau Sampai Ganggu ..."
Pelbagai kritikan dan kecaman yang diterima oleh peserta All Together Now Malaysia Malaysia 2 (ATNM2) Fieqa selepas video dia dikatakan bersikap biadab menjadi tular.
Malah Fieqa atau Nur Afiqah, 16, mendedahkan dia juga menerima ugutan daripada netizen yang memintanya untuk terjun dari bangunan selain menggelarkannya sebagai pelacur.
“Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya.
“Memang banyak kecaman saya terima di DM… tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen. Kalau saya baca, mungkin boleh merosakkan mental saya,” katanya kepada Gempak.
Bersyukur keluarga dan rakan memberi sokongan, Fieqa turut memaklumkan dia dan keluarganya sudah membuat laporan polis terhadap netizen yang kecam secara melampau.
“Saya bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi sokongan… itu yang buat saya kuat sekarang. Keluarga saya pun sudah mengambil tindakan terhadap netizen yang melampau.
“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi pada semalam. Ada netizen yang menggunakan akaun betul dan palsu untuk kecam saya,” ujarnya.
Terdahulu, tindakan Fieqa menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada yang dianggap biadab serta bahasa tubuh seperti tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.
Sungguhpun ketegangan berlaku antara Fieqa dan Catriona, namun, kedua-duanya dilihat telah bertemu secara empat mata bagi memperbetulkan keadaan yang panas.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar