Hiburan
Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti
Mula mencipta nama menerusi kerjaya sebagai personaliti media sosial Indonesia, Atta Halilintar berharap sentiasa diberi peringatan andai terlalu mendongak tinggi ke langit.
Enggan Hanyut
Menginjak usia 30 pada tahun ini, dia tidak mahu disebabkan populariti, Atta hanyut lupa akan tanggungjawab sebenar sebagai pelaku seni.
Malah, suami kepada Aurel Hermansyah ini enggan menjadikan kemewahan dan kekayaan yang dikecapi menjadikan dirinya bongkak.
“Bukan sebagai seorang personaliti media sosial saja tapi sebagai seorang manusia, orang selalu cakap, ikut resmi padi, makin menunduk, makin berisi. Saya pegang ingatan itu sampai sekarang.
“Kalau saya sentiasa pegang sebagai seorang artis, sebagai seorang pekerja dalam industri, insya-Allah, kita akan hidup sempoi dan terus membumi,” kata Atta.
Bapa Penyayang
Dilihat sebagai seorang bapa dan suami yang penyayang, Atta tidak menafikan terbeban dengan tanggungjawab masyarakat terhadap dirinya.
“Sejujurnya saya menganggap gelaran ‘family man’ itu sebagai satu tekanan buat saya kerana tanggungjawab yang besar namun semoga mereka yang melihat saya begitu menjadikannya sebagai inspirasi.
“Secara peribadi masih banyak yang perlu saya baiki dan saya cuba untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari untuk menjadi suami dan bapa yang baik.
BERITA TRENDING: Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
“Apatah lagi, saya berada dalam dunia hiburan yang penuh dengan dugaan dan cabaran, berjumpa dengan ramai orang. Namun, saya perlu sentiasa beringat fokus dan tujuan berada dalam bidang ini.
“Tambahan lagi saya bergelar bapa kepada dua anak perempuan, tanggungjawab melindungi dan membimbing mereka sehingga mereka berkahwin. Baru tiga tahun berkahwin, masih banyak yang perlu saya belajar,” katanya.