Laman Utama

‘Axia Rahmah’ Jadi Tumpuan, Selain Harga Tersangat Mampu Milik, Ini Fakta Lain Yang Anda Perlu Tahu

Izwan Isa
16/06/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
‘Axia Rahmah’ Jadi Tumpuan, Selain Harga Tersangat Mampu Milik, Ini Fakta Lain Yang Anda Perlu Tahu
Semalam, Perodua telah memperkenalkan semula varian Axia E, yang dijual pada harga RM22,000 - menjadikan ia sebagai model paling murah di Malaysia setakat ini, ramai yang melabelkan Axia berkenaan sebagai Axia Rahmah.
Berbanding harga akhirnya sebelum ini pada RM24,090, Axia E baharu memberi penjimatan sebanyak RM2,090.
BACA: Nissan Magnite Lancar Di India, Harga Macam Dari Perodua Axia Hingga MyVi
BACA: Perodua Catat Jualan Bulanan Tertinggi Dalam Sejarahnya Dengan 26,852 Kenderaan Pada Oktober Lalu
Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Axia Rahmah ini, jom semak!

Ansuran yang murah

Merupakan kali pertama harga model Perodua yang sama diberikan untuk pasaran di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Sasaran Perodua adalah untuk menarik perhatian penunggang motosikal untuk beralih kepada kereta.
Sebagai contoh, jumlah ansuran bulannya jika bagi tempoh tujuh tahun dengan kadar faedah 3.75% ialah sekitar RM300; jumlah ansuran yang sama juga biasanya dikenakan untuk motosikal dalam julat harga yang sama ketika ini.

Penampilan serupa

Jika dilihat pada penampilan, tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan Axia E versi 2017 dan 2019.

Kelengkapan asas

Antara kelengkapan asas yang ada pada Axia E termasuklah rim besi, dua beg udara tanpa ABS. Radio dan pembesar suara seperti sebelum ini tidak disediakan.

Enjin

Enjinnya juga sama seperti Axia E yang lama, dengan unit 1KR-VE 1.0 liter NA tiga-silinder VVT-i yang menjana sebanyak 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm pada 4,400 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi manual lima-kelajuan. Axia E ini juga kekal dengan panarafan empat-bintang untuk ASEAN NCAP yang ditauliahkan oleh MIROS.

Warna

Sebanyak tiga piliha warna ditawarkan kepada pengguna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey.
Sumber: Paultan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar