HIBURAN
“Saya Komited Untuk Bersihkan Nama" - Naim Daniel
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dan tekad untuk membersihkan nama baiknya.
Dakwaan tuduhan berat
Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, berkongsi perkara itu selepas selesai prosiding pertuduhan melakukan amang seksual melibatkan remaja bawah umur di Mahkamah Seksyen di Putrajaya.
“Untuk masa sekarang saya serahkan kepada sistem keadilan dan saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi membersihkan nama saya."Saya dekat sini baru saja didakwa dengan satu tuduhan yang berat, saya tahu banyak persoalan dan tanda tanya. "Buat masa ini saya enggan mengulas panjang berkenaan kes ini sebab masih diperingkat awal dan tak mahu ada campur aduk sehingga boleh menggangu perbicaran nanti.
“Saya harap dapat doa daripada semua orang," katanya kepada media.
Mahu fokus kehidupan
Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Gila itu mengakui dia tidak mahu terlalu memberikan fokus dengan kes tersebut dan hanya memberi tumpuan kepada kehidupannya sahaja.Pada Selasa, Naim mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di Mahkamah Seksyen di Putrajaya."Saya sihat, terima kasih sebab bertanya. Sekarang saya hanya fokus kepada kehidupan saya," jelasnya.
Selebriti berusia 28 tahun itu dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada pihak mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN:Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah, Bayar Ikat Jamin RM12,000
ARTIKEL BERKAITAN:Kehadiran Naim Daniel Di Mahkamah Curi Tumpuan
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Pun Tengah Cuba Mengenali Seseorang" - Naim Daniel Tak Kejar Soal Jodoh, Mahu Cari Pasangan Yang Memahami
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Nak Kahwin, Cuma Seru Belum Sampai" - Naim Daniel
ARTIKEL BERKAITAN:Naim Daniel Mengaku Tinggalkan Kekasih, Kini Dalam Fasa 'Healing' - "Ya Betul, Saya Sendiri Ambil Keputusan Untuk Berpisah..."
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.
Mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu. Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Must-Watch Video