Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Ayah Cina, Emak Pula India" - Keith Foo Kongsi Mesej Kenegaraan

Asraf Aided 02/09/2019 | 08:42 MYT
Pelakon Keith Foo berkongsi mesej kenegaraan bersama pengikutnya di laman Instagram.
Menurut Keith, keluarganya terdiri lebih dari satu kaum iatu Cina, India dan ada adik beradiknya yang menikahi orang Melayu.
"Ayah aku Cina, emak pula India, big sis and bro kahwin Melayu, sepupu semua mix," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Keith mengatakan dia dan ahli keluarganya juga menyambut setiap perayaan kaum dan sama-sama meraikan semangat kenegaraan sepanjang minggu ini.
"Kami menyambut setiap perayaan, dan minggu ini, kami meraikan diri kami yang bergelar rakyat Malaysia ," tambahnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Keith meninggalkan respon positif dan turut bersyukur kerana dikurniakan keamanan dan keharmonian negara.

Ayah Aku cina, emak pula india, big sis & bro kahwin melayu, sepupu semua mix. We celebrate every festival and this week we celebrate us being truly Malaysians ?? Kita Semua Bangsa MALAYSIA #sayangimalaysiaku #proudmalaysian #stopracism #loverespectunity

A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on

Sedikit info mengenai Keith, pelakon kelahiran Negeri Sembilan ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2009 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
#pelakon #Keith Foo #Pelakon
;