Ayez Shaukat Kongsi Pengalaman Hasilkan Filem Emp4t - “Rasa Tuhan Tak Mahu Bantu Sebab Saya Bukan Orang Baik”
Angkat Kisah Realiti
Menurut Ayez, watak yang diperankan oleh Adriana Adnan merupakan suntikan idea dari pengalaman hidupnya sendiri.
“Ada satu ketika saya rasa macam Tuhan tak mahu bantu saya sebab saya bukan orang baik tetapi sebenarnya selagi kita ada rasa yakin ada iman walaupun sedikit, Allah tetap akan bantu.
“Itu ialah mesej yang saya ingin sampaikan, jadi terbitlah Empat,” katanya kepada pemberita.
Penggambaran Disambung
Dalam pada itu, Ayez turut berkongsi pengalaman pihak produksi menjalani penggambaran pada tempoh pasca Covid-19 yang melanda dunia dan disambung pula pada 2023.
“Penggambaran yang pertama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan yang kedua dibuat pada 2023.
“Sebelum saya buat skrip itu saya hubungi semula pelakon-pelakon untuk pastikan siapa yang akan teruskan.
Cabaran Berlakon Dan Mengarah
Ayez yang juga pengarah bagi filem Kahar: Kapla High Council itu turut mengakui mempunyai cabaran yang berbeza apabila memegang tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah dalam Emp4t.
“Mengarah sambil berlakon itu dia lebih banyak mengejar masa tetapi kalau saya mengarah saja saya sangat terliti dengan setiap lakonan.
“Pada masa sama kita sendiri susah nak komen terhadap lakonan sendiri dan biasa akan sedar selepas perkara itu berlaku,” ujarnya.