Hiburan

Azah Aziz Pesan Wanita Tak Perlu Terlalu Percaya Kepada Pasangan - “Kita Kena Periksa Juga..”

Umirah Halim
26/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Azah Aziz Pesan Wanita Tak Perlu Terlalu Percaya Kepada Pasangan - “Kita Kena Periksa Juga..”

Pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz berkongsi kunci utama hidup sebagai pasangan suami isteri adalah perlu banyak sabar dan saling percaya.

Sabar dan saling percaya

Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 51, bagaimanapun akui tidak mahu meletakkan kepercayaan terlalu tinggi terhadap pasangan kerana enggan dikecewakan pada kemudian hari.

“Kita kena cari kebahagiaan sendiri, sabar, tetapi bagi saya, saya tidak bagi 100 peratus kepercayaan kepada suami saya, lelaki kalau kita bagi dia akan ‘serong’ juga.

“Jadi kita kena periksa juga masa ke masa, mana dia pergi. Macam saya selalu video call suami saya setiap hari jadi saya tahu ke mana dia pergi,” jelasnya ketika ditemui Gempak di majlis tayangan perdana dan sidang media drama Ternyata Sebuah Bahagia di GSC Mid Valley Megamall pada Isnin.

BERITA TRENDING: Berganding Dengan Zamarul Hisham, Aza

​BERITA TRENDING: Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam

​BERITA TRENDING: "Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura

​BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti

Melanjutkan bicara, selebriti berkulit hitam manis itu turut memaklumkan dia dan suami akan berusaha memulihkan segala pertelingkahan atau konflik yang dihadapi secepat mungkin agar tidak berlarutan sehingga terbangkit isu yang tidak sepatutnya.

“Kalau kami gaduh, kami akan cuba selesaikan masalah itu pada hari itu juga, kami tidak akan sambung sehingga esok hari. Esoknya dah lupa pasal gaduh.

“Komunikasi antara satu sama lain juga sangat penting,” ujarnya lagi

Disaat rumah tangga artis lain berantakan, keharmonian perkahwinan selebriti yang sudah berkahwin selama 30 tahun itu menjadi rujukan ramai netizen yang ingin tahu rahsia kebahagiaannya.

Terdahulu, Azah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga warganegara Perancis, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995 dan berhijrah ke Montreal, Kanada.

Hasil perkongsian hidup selama 30 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 27, Ryan, 21 dan Justin, 18.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar