Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Azhan Rani Sedang Pulih Daripada Kemalangan, Tetapi Tidak Secergas Dulu - “Masih Dalam Mode Robocop”

Izwan Isa 04/02/2022 | 07:50 MYT
Nampaknya, keadaan Azhan Rani beransur pulih selepas terlibat dalam kemalangan bulan lalu. Begitulah seperti yang dikongsikan oleh pelakon berbakat besar itu menerusi hantara di Instagram baru-baru ini.
Menurut Azhan, sungguh sudah mula pulih, keadaan dirinya masih tidak secergas dahulu dan masih dalam mode ‘robocop’.
Sungguhpun dirinya masih memerlukan rehat yang cukup, namun, Azhan berkata, dia masih dalam dilema kerana masih banyak komitmen dan tanggungan yang melibatkan wang perlu dilunaskan.
BACA: "Permintaan Tulus Sebelum Aku Tutup Mata" - Ini Hajat Azhan Rani Sempena Hari Lahirnya Esok...
“Insya-Allah, saya sedang beransur sembuh walaupun tidak secergas dahulu, dan masih dalam mode ‘robocop.
“Nak ikut pesan doktor rehat lama-lama dengan nanti nak menghadap bank yang terpaksa kejar tiap-tiap hari pun dilema juga.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Ada yang perlu ditanggung ada yang perlu dilunaskan. Life must go on kaedahnya. Jadi, sebelum banyak drama belakang tabir, insya-Allah saya akan kuat untuk hadapi semua ini.
“Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan saya. Terima kasih atas doa, ingatan dan kasih sayang semua,” jelas Azhan.
BACA: "Sunat Lagi Scary..." - Azhan Rani Jalani Pembedahan Hari Ini
Pada 16 Januari, pelakon yang berusia 46 tahun itu terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain yang tiba-tiba membuat pusingan U ketika melalui Jalan Templer, Rawang, Selangor.
Disebabkan kemalangan itu, bahunya mengalami kecederaan sementara tulang rusuk keempat, kelima dan keenam retak.
Dalam pada itu, menerusi laporan media, Azhan mengakui ada penerbit yang menggugurkan namanya daripada produksi penggambaran selain wataknya diubah sebagai pelakon yang terlibat sebagai penampilan khas sahaja.
#Kemalangan #Drama #Azhan Rani #Retak #Bahu #Tulang Rusuk
;