Laman Utama

"Permintaan Tulus Sebelum Aku Tutup Mata" - Ini Hajat Azhan Rani Sempena Hari Lahirnya Esok...

gempak
Asraf Aided
22/01/2022
18:41 MYT
Sponsor Banner
"Permintaan Tulus Sebelum Aku Tutup Mata" - Ini Hajat Azhan Rani Sempena Hari Lahirnya Esok...
Sempena hari ulang tahun kelahiran yang akan menjelma esok, pelakon Azhan Rani mengemukakan sedikit permintaan tulus daripada hatinya.
Menurut Azhan, sudah lama dia mengidam sambutan hari lahir sebegitu dan mengharapkan ia terjadi tahun ini.
Katanya, dia tidak mengharapkan gimik, kejutan, ucapan, hadiah dan sebagainya namun cukup hanya dengan mendoakannya dalam hati.
"Permintaan tulus dari katil pesakit ni sebelum aku tutup mata. Sebenarnya lama dah aku mengidam birthday yang macam ni, boleh tak kali ni bagi pada aku.
"Tak payah gimik, acah buat surprise, menyanyi bagai.. kalau tak boleh bagi setiap tahun, bagi kali ini pun jadilah.
"Kalau jadi..terima kasih, aku akan anggap ni hadiah birthday paling tenang pernah aku dapat," kongsinya di Instagram.
Dalam entri, Azhan berkongsi foto dirinya di hospital beserta ayat "cukup cuma doa dalam hati saja".
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Azhan mendoakan kesembuhan segera untuknya.
Terdahulu, Gempak melaporkan pelakon Beto Kusyairy mengesahkan rakan baiknya itu mengalami kemalangan motosikal pada Isnin.
Beto juga memaklumkan keadaan Azhan yang telah stabil namun masih dalam jagaan pakar.
BACA LANJUT: Azhan Rani Kemalangan Motosikal, Beto Kusyairy Tolong Update Keadaan Terkini - "Dia Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar"
Dua hari selepas itu, Azhan mula muncul di media sosial berkongsi perkembangan mengenai dirinya termasuk menjalani pembedahan tulang skapula Khamis lalu.
BACA LANJUT: "Sunat Lagi Scary..." - Azhan Rani Jalani Pembedahan Hari Ini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024