Hiburan
Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.
Azharina memberitahu dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang bakal keluar dalam tempoh dua minggu lagi.
BERITA TRENDING: "Badan Tak Boleh Tahan, Ada Masa Berdarah Tanpa Henti..." - Azharina Gagal Tahan Sebak, Dedah Hidap Penyakit Kencing Manis
Menurut Azharina lagi, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namum memilih untuk menangguhkannya bagi melunaskan beberapa tugasan yang belum selesai.“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.
“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenali pasti,” katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”
Azharina ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae di Kadeq Kamek, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Azharina Bakal Nyanyikan Lagu Kegemaran Ibu - “Saya Sebak Sebab Dia Datang Jauh, Dari Sabah…”
Tambah Azharina lagi, salah satu sebab dia memilih menangguhkan pembedahannya kerana memerlukan masa untuk sembuh.BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Dalam pada itu Azharina turut mendedahkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.Akui Penyakit Ganggu Emosi
Penyakit itu diakui menganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi Azharina memilih untuk berfikiran positif.
“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.
“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.
“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.
Terdahulu, penyanyi itu pertama kali mendedahkan penyakit dihidapi ketika menjadi tetamu undangan untuk program No Filter bersama pengacara Elly Mazlein.
Menurut Azharina, dia mengalami pendarahan teruk ksewaktu menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.
Walaupun tidak mendedahkan secara khusus, namun doktor yang merawatnya ada menasihatikan agar dia menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi.