Aznil Nawawi Dedah Pernah Diejek Rakan Industri - “Aku Kesian Kau Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk Dekat Bawah”
Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi mengakui pernah diejek oleh rakan seindustri sebagai ‘tukang tepuk’ semata-mata kerana pada waktu itu, dia masih belum pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.
BERITA TRENDING: Membanggakan! Aznil Nawawi Dilantik Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan & Ekonomi UM
Memetik perkongsian Aznil di Studio Sembang bersama pelakon dan hos Amelia Henderson, bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan yang dia kerap menerima ejekan menerusi SMS, selain pemenang anugerah sendiri datang kepadanya dan menghamburkan pertanyaan yang dianggap kurang enak untuk didengar.
BERITA TRENDING: Pak Nil Kongsi Tips Jadi ‘Influencer’ Yang Bijak & Berilmu - “Kebijaksanaan Awak Itu Akan Menyebabkan…”
“Dan terima kasih kepada orang orang itu. Sejak daripada kejadian tersebut, saya buktikan kerja saya. Saya menang untuk pengacara popular pertama kali pada 2003 dan saya terus menang dan menang sebanyak 10 kali,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: “Saya Lihat Usaha Yang Tak Bernoktah Membangunkan Ummah” - Pak Nil
Untuk rekod, sejak 2003, pelbagai anugerah diraih oleh Aznil termasuk Pengacara Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2004 dan 2005 dan terbaharu, anugerah istimewa yang diberikan pada 2022 menerusi Anugerah MeleTOP.
Sumber: Studio Sembang