Hiburan

“Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies

Asyikin Mayudin
03/07/2024
03:21 MYT
Sponsor Banner
“Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies
Penyanyi Aliff Aziz melahirkan rasa syukur apabila prosiding melibatkan kes khalwat dengan aktres Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu berjalan dengan lancar.
Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz berkata dia tetap akan memberikan komitmen sepenuhnya biarpun kes mereka akan berlarutan selain mohon doa daripada orang ramai.
"Alhamdulillah apa yang harus berjalan hari ini semua dipermudahkan. Seperti apa yang dibicarakan di mahkamah tadi, prosiding ini akan disambung ke tarikh yang sudah ditetapkan.
"Secara peribadi, saya lega semua urusan berjalan dengan lancar dan memohon doa semuanya berjalan dengan baik. Apa sahaja yang melibatkan kes selepas ini, kami akan beri komitmen sepenuhnya kepada pihak mahkamah," katanya kepada Gempak.

Jawab dakwaan berbalas hantaran di Instastory

Dalam pada itu, bekas suami kepada Bella Astillah itu juga menjelaskan mengenai dakwaan dia dan Ruhainies kerap berbalas hantaran di Instastory.
“Saya dan Ruhainies perlu melalui prosiding mahkamah berkaitan kes ini, jadi kadangkala bila kita repost ig antara satu sama lain, orang tafsir ‘oh Aliff, Ruhainies saling berbalas’.
“Bagi saya, tiada apa-apa yang boleh halang untuk kami masih berhubung. Kami tak bergaduh. Mungkin orang ingat, bila kami ada kes, kami perlu bermasam muka.
“Buat masa ini kami tiada isu dan tak perlu bermasam muka dengan ruhainies. Apa sahaja posting itu berkaitan dengan kerja sebagainya adalah harmless,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan

BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

BERITA TRENDING: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu, Bomba Terpaksa Bantu!

BERITA TRENDING: Jawi Sahkan Dua Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

BERITA TRENDING: “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…” - Aliff Aziz Bersuara Isu Tangkap Basah Dengan Ruhainies

Ruhainies dan Aliff Aziz yang terlibat dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani telah membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Mahkamah menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes.
Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah namun tiada sebarang pengakuan dan tangguhkan dibuat dan mereka dilepaskan dengan wang jaminan RM1,500 dan seorang penjamin.
Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Rumah tangga Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon Bella Astillah berakhir dengan perceraian pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar