Laman Utama

'Baju Kurung Tak Perlu Gosok' Bolot 4 Anugerah, Kalahkan Jenama Antarabangsa

Amri Hassan
02/09/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
'Baju Kurung Tak Perlu Gosok' Bolot 4 Anugerah, Kalahkan Jenama Antarabangsa
Jenama yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tak Perlu Gosok’, Sabella menjadi satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga anugerah emas dan satu Grand Prix pada Malam Anugerah Media Specialist Association (MSA) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang diraih itu bukan hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abdul Samad sahaja, tapi ia juga kerja keras daripada warga kerja dan pasukan.
"Buat julung kalinya kali mendapat anugerah terbesar pemasaran di Malaysia. Kami menang ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Gold dan keseluruhan iaitu Grand Prix. Lebih membanggakan apabila kami tercalon bersama beberapa jenama antarabangsa dan tempatan terkenal lain.
"Sejujurnya, apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan jenama hebat lain, memang berasa kerdil. Namun, jauh di sudut hati ini adalah berkat usaha dan kerja keras pasukan kami dari dulu sampai sekarang dalam membangunkan jenama Sabella," katanya.

Sabella ke peringkat antarabangsa

Menurut Mohd Sufian, dia berharap anugerah yang diperoleh itu menjadi pemangkin untuk Sabella melangkah ke peringkat antarabangsa.
“Alhamdulillah, ini adalah penghargaan dan pencapaian terbesar yang pernah diraih Sabella sepanjang ia mula beroperasi.
“Semoga dengan anugerah ini kami akan terus maju jaya dan berkembang ke peringkat antarabangsa, insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini,” katanya.
Empat anugerah yang dimenangi Sabella adalah Branded Content (Gold), E-Commerce (Gold), Media Performance (Gold) dan Grand Prix.
Untuk rekod, jenama Sabella bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan seisi keluarga.
Kini, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar