Bakal Timang Anak Lelaki, Issey Teruja - “Tak Ada Yang Pelik Pada Isteri, Cuma Dia...”
Penyampai radio dan pelakon Issey Fazlisham akui teruja menanti kehadiran anak sulungnya yang dijangka lahir pada September ini.
Issey ketika dihubungi Gempak berkata, kandungan isterinya Noor Aimi Jamel kini sudahpun mencecah lima bulan dan bakal menimang bayi lelaki.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Baby dan ibu berada dalam keadaan sihat.
“Jantina bayi pun kami dah tahu. Insya-Allah baby lelaki. Issey junior!. Ini adalah anak pertama saya dengan isteri.
“Saya ada anak-anak tiri, namun, perasaan ini berbeza," katanya teruja.
Tambah Issey lagi, tiada yang pelik dialami Aimi pada kehamilan ini cuma isterinya tidak suka ayam.
“Tak ada yang pelik-pelik pun cuma Aimi tak suka ayam. Tengok ayam mentah pun dia tak mahu apa tah lagi memasaknya.
“Jadinya kami kalau nak makan ayam kena makan di luar sebab Aimi tak suka ada ayam dalam rumah. Selain dari itu tak ada!,” katanya ketawa.
Pada Mac lalu Issey dan Aimi berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) dan akaun YouTube melalui video gelagat spontan tiga anak Aimi dari perkahwinannya terdahulu iaitu Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah dimaklumkan mereka bakal mendapat adik.
“Anak-anak kami memang seronok dan tak sabar nak jumpa adik mereka. Sejak saya beritahu mereka dulu memang setiap hari bertanya bila adik nak keluar, nak letak nama apa.
“Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya...,” katanya.