Laman Utama
Balik Bercuti Dari Turki Dengan Keluarga Besan, Ashanty Positif COVID-19 Kali Kedua
Selebriti terkenal Indonesia, Ashanty sah dijangkiti virus COVID-19 dipercayai varian Omicron selepas pulang dari bercuti di Turki baru-baru ihni.
Berkongsi di Instagram Stories, kata Ashanty dia kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia dan telah melakukan ujian PCR.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis tiada kemaskini laporan ujian saringan mahupun kenyataan daripada pengurusnya, Vida atau suaminya, Anang Hermansyah.
Berita mengenai status Ashanty terlebih dahulu dikongsikan oleh Pengarah Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Menular, Siti Nadia Tarmizi.
"Iya, positif COVID-19," katanya kepada Detikdotcom.
Terdahulu, Ashanty meluangkan masa bersama keluarga besarnya bersama keluarga besan Gen Halilintar di Turki selama dua minggu.
Sepanjang di sana juga, Anang sempat menjalani rawatan transplan rambut.
Pada Februari 2021, Ashanty pernah dijangkiti virus COVID-19 dan perkara itu disahkan oleh Anang sendiri. Ketika itu Ashanty mengalami gejala sesak nafas.