Laman Utama

Isteri Anang Hermansyah, Ashanty, Aurel Dan Dua Anaknya Positif COVID 19

gempak
Maliah Surip
16/02/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Isteri Anang Hermansyah, Ashanty, Aurel Dan Dua Anaknya Positif COVID 19
Keluarga komposer dan penyanyi Anang Hermansyah saat ini sedang diuji apabila isterinya, Ashanty dan tiga anak mereka disahkan positif Covid 19.
Selain Ashanty, dua anak tirinya hasil pernikahan Anang dengan Krisdayanti iaitu Aurel Hermansyah, Azriel Hermansyah serta anaknya bersama Anang, Arsy Hermansyah kini sedang menjalani kuarantin.
Hanya dua orang yang 'terselamat' daripada virus ini adalah Anang dan anak bongsunya, Arsya. Kesemua ahli keluarganya itu pertama kali dinyatakan positif Covid 19, semalam selepas hasil ujian swab mereka menunjukkan positif.
"Selama ini kami memang menjaga dan kerap melakukan ujian supaya jangan sampai ada yang kena (positif).
"Tapi sudah terjadikan. Saat ini semuanya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah," ujar Anang seperti dilaporkan Kompas.
Menurut Anang, hanya Ashanty yang mengalami gejala terkena Covid 19 termasuk demam, sementara tiga anak anaknya tidak bergejala.
"Semua anak anak tidak bergejala," kata Anang ringkas.
Terdahulu, Ashanty melalui pembantunya, Vyndika memberitahu telah positif Covid 19 melalui Insta Story di akaun Instagramnya.
"Saya sesak nafas, demam, batuk dan selsema. Malam tadi (Ahad) lakukan ujian dan Subuh ini hasilnya positif," tulis Vyndika.
Kini, baik Ashanty, anak bujangnya Azreil mahupun Aurel meminta semua orang yang pernah berkontak rapat dengan mereka menjalani ujian swab.
Ini termasuklah bakal suami Aurel, Atta Halilintar yang diwajibkan menjalani ujian kerana baru bertemu penyanyi itu sewaktu mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 21 Mac mendatang.
Instagram: @ashanty_ash
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live