Viral
Bangga Tayang Rehat 3 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Bongkar Diri Sendiri Masuk Kerja Pakai ‘Cable’
Tindakan seorang penjawat awam yang berkongsi video dirinya melakukan aktiviti hiburan ketika sedang berehat selama 3 jam membawa padah apabila teruk dikecam netizen.
“POV: Anda pergi berkaraoke setiap hari Jumaat sebab lunch break kita 3 jam,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Lebih mengejutkan lagi, menerusi ruangan komen video itu, wanita itu turut membongkarkan dirinya menggunakan ‘orang dalam’ untuk mendapatkan pekerjaan tersebut setelah disoal oleh salah seorang netizen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Office government, setiap kali rehat lepak mall sebelah.
“Macam mana nak apply kerja situ?
“Saya sebab ada orang dalam,” balasnya bangga.
Berita Trending: Jual Senjata Api Mainan, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan
Dalam pada itu, berdasarkan beberapa tangkap layar video yang sempat dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, ruangan komen dihujani oleh netizen yang rata-rata melabel tindakan yang dilakukan wanita tersebut seperti kurang berakal dan memalukan penjawat awam.
“Contoh manusia kurang berakal pergi buka aib sendiri di social media. Memalukan warga penjawat awam. Disebabkan dia ni nanti waktu rehat kena rombak.
“Dah la masuk MyStep pun pakai cable, rehat bantai 3 jam, pergi bangga pulak cerita level bodoh budak ni kan,” sindir salah seorang netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di platform X.