Hiburan
Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Tak Ambil Pusing Spekulasi
Mengulas lanjut tentang khabar angin yang menimpa dirinya, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Haji Wan Ariffin menyatakan perkara itu berlaku kerana ramai pihak di luar sana tidak mengetahui perihal sebenar berkaitan perkahwinannya.
“Semua orang boleh buat spekulasi, sebab orang tak tahu keadaan yang sebenar.
“Jadi saya rasa kalau dalam media sosial ni kita nak ambil tahu semua benda memang akan stress.
“Saya rasa ramai juga yang faham dan boleh fikir sendiri tanpa saya bercerita panjang. Jadi ada benda yang saya boleh jawab, dan ada juga yang saya tak perlu jawab.
“Sebab perkara ini melibatkan peribadi dam saya rasa tak penting untuk orang ramai tahu,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur.
BERITA TRENDING: Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”
BERITA TRENDING: “Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin
BERITA TRENDING:"Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada
BERITA TRENDING: “Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin
Imbas kembali, Nora sebelum ini mengakui diceraikan secara paksa, namun menafikan bahawa terdapat unsur ugutan di sebalik perpisahannya dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu menerusi satu video berdurasi 52 saat dalam Instagram.
Bagaimanapun, Nora berkata perceraian tersebut berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video itu tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suaminya serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendak suaminya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.