Hiburan

“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

gempak
Umirah Halim
20/08/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihatkan pengikutnya agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang menimpa orang lain.

Taktahu hal sebenar

Kata Nora, sebagai orang luar kita tidak boleh menghakimi hal rumah tangga orang lain sedangkan tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar.

“Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari,”tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Nora menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

​ARTIKEL BERKAITAN: “Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin
​ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
BERITA TRENDING: Kes Bunuh Zulfarhan: Keputusan Rayuan 18 Bekas Penuntut UPNM Esok

Terdahulu, teka-teki mengenai rumah tangga Datuk Nora Ariffin yang dikatakan goyah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi laman Instagram, pada petang Isnin.

Spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.

Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Untuk rekod, penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live