Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Berjawatan Tinggi Di Bank Terima Bonus Hampir RM400K, Anak Akui Berbaloi - “Tidur Pun Tak Cukup”

Gempak 25/03/2024 | 07:55 MYT

Sejak minggu lalu, netizen di laman sosial ‘ligat’ membincangkan tentang kadar bonus yang diberikan oleh bank kepada pekerja.

Perbincangan itu tercetus selepas seorang pengguna platform X mendedahkan rakannya yang merupakan seorang pekerja di salah sebuah bank yang beroperasi di Malaysia menerima bonus sebanyak 12 bulan.
Hantaran itu menerima maklum balas daripada pekerja-pekerja bank lain dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dikongsikan.

Bapa terima bonus

Sehinggalah ada dalam kalangan pengguna media sosial mendedahkan cerita secara tanpa nama mengenai kadar bonus yang diterima oleh bapanya.

Menerusi platform NGL, individu tersebut mengakui yang ayahnya yang merupakan individu berjawatan tinggi di bank menerima bayaran bonus hampir RM400,000.
Individu tersebut bagaimanapun berkata, bayaran itu dirasakan berbaloi, lebih-lebih lagi apabila melihat ayahnya yang bekerja keras sungguhpun ketika berada di rumah.

Tak cukup tidur

“Betul lah bonus bank banyak. Tapi tanggungjawab dan kerja menimbun. My dad SVP. Dia kat rumah Iepas habis makan pun duk mengadap laptop.

“Tidur pun tak cukup. Tension kerja banyak sehingga anxiety. Rasa berbaloi je dia dapat bonus almost RM400,000. Tapi bukan semua RM400,000 tu dapat. Tax pun tak silap RM100,000 lebih dia kena bayar,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna platform X yang lain. Ramai yang memberikan respons positif termasuk berkongsi pengalaman hampir serupa dengan individu berkenaan.
Sumber: Platform X
Foto: Vitamin Wawa

BERITA TRENDING: Pekerja Asing Ini Hanya Belanja RM200 Daripada Gaji Bulanan, Baki RM4,000 Hantar Ke Kampung

BERITA TRENDING: Tiada Caruman KWSP, Tiada Socso & Bayar Gaji Cash, Iklan Cari Pemandu Peribadi Ini Dikecam Netizen - "Jumpa Majikan Macam Ni..."

#Stress #Bonus #Bank #Berbaloi #Bonus Banyak #RM400K
;