Berita

Bapa Norzizi Zulkifli Terpaksa Masuk Wad Semula Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
03/04/2020
02:55 MYT
Sponsor Banner
Bapa Norzizi Zulkifli Terpaksa Masuk Wad Semula Gara-Gara...
Pelakon dan pengarah Dr. Norzizi Zulkifli memaklumkan bahawa bapanya, seniman Datuk Zulkifli Zain kini terpaksa ditahan di wad hospital semula selepas dibenarkan keluar tempoh hari.
Norzizi memberitahu bapanya dimasukkan ke hospital kelmarin selepas keadaan kakinya yang membengkak selain mengalami masalah paru-paru berair.
"Semalam (kelmarin) 1 April 2020, tika kita rakayat Malaysia nak memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2, papa terpaksa dimasukkan semula ke hospital kerana paru-parunya ada air dan kakinya bengkak.
"Saya mohon semua tenang. Insya-Allah papa okay. Keadaannya stabil," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Semalam 1 April 2020, tika kita rakyat Malaysia ?? nk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2, Papa terpaksa di admit kan semula ke hospital krn paru-parunya ada air dan kakinya bengkak. Sy mohon semua tenang. In sha Allah Papa ok. Keadaannya stabil. Sy akn bercerita dr masa ke masa mengenai keadaan kami yg kena keluar rumah utk jaga Papa di hospital. Sblm ni masa tgh hangat kes Covit-19 sblm PKP Tahap 1, Papa admitted. 13 days d hosp dan saya shif semuanya malam sebab siang sy kerja. Maka bila bermulanya PKP 18 Mac, nikmat utk saya sebab selalu lepas balik dr hospital saya akan bersiap ke pejabat. Malam2 Papa bukan dia tido, maka saya pun jadi tak tido di buatnya. Jadi bila PKP ni ia semacam satu rahmat di mana sy blk dr hosp dan dpt memberikan “tempoh Nyawa” utk saya. Waktu itu, dah di akhir2 bila kondisi Papa pun semakin merosot, menganggu juga otak saya dalam melaksanakan kerja2 di pejabat. Tp sy meneruskan jugak kudrat utk terus bekerja dan cuba fokus. Malah bila Papa dah mula tak respond dan sy mula memaklumkan kepada rakan seniman Papa, rakan media serta semua rakan2, sya pernah msg kepada kawan2 satu pejabat, sekiranya terselisih dengan saya, jangan tanya ttg kondisi Papa. Krn saya takut, di setiap perselisihan mata itu, dan kita lihat wajah kawan2 kita, mahu hati yg ok boleh terobek! ? Saya bersyukur dengan semua yg org kata musibah, tapi banyak nikmat juga yg Allah tetap bagi. Sempat berehat dan memulihkan jiwa. Dan sekarang gelombang kedua pula bila Papa admitted semula. Semoga dipermudahkan semua urusan. Dan sy mohon smua peminat Papa Mama bertenang, Papa ok in sha Allah dan doakan buat kami sekeluarga dalam keadaan negara skrg ini. Love smua ❤️?
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
Biarpun diuji dengan keadaan kesihatan bapanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun dia yakin setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.
"Sebelum ini masa tengah hangat kes Covid-19, sebelum PKP tahap 1, papa dimasukkan ke wad. 13 hari di hospital dan saya shif semuanya malam sebab siang saya kerja.
"Bila bermulanya PKP 18 Mac, nikmat untuk saya sebab selalunya lepas balik dari hospital saya akan bersiap ke pejabat.
"Bila PKP ini, ia semacam satu rahmat di mana saya balik dari hospital dan dapat memberikan 'tempoh nyawa' untuk saya," kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Norzizi turut berkongsi kepada umum jadual giliran dirinya dan adik-beradik lain untuk menjaga bapanya di hospital.
Dan yang paling win, sebelum saya dan Papa sampai ke hospital utk di admitkan, masih on the way nk ke Hospital, Ketua Jururawat kami @zazazulkafli telah keluarkan jadual shif nurses kami! ?‍♀️?? Melampau!!! ??? Sambil tgk jadual, sambil menarik nafasss panjang! ??? Memang jadual semua adik2 sy buat. Sy ikot je. Zaza or @zilazulkifli akn buat jadual dan depa bincang dua. I dan adik2 lain, ikot je. This time I cadangkan dua org jaga in one day. Supaya smua tak lenjan energy kat Hospital. Sebab kat umah pun nk kena jaga. Ada mama yg juga on wheelchair. So, Jadual dlu, setiap hari kita masuk shif. Kami bertiga masa tu; Zizi @zazazulkafli and @zilazulkifli dan bila adik sy sorg lagi balik Sebab dia luar KL, 4 nurses barulah ada break skit pada 3 nurses ni. Sorg lagi adik mengandung @zazleenzulkafli so dia kami tak bagi Bertugas. Skrg 3 nurses, tapi 1 day, dua org on shif. Biar ada rehat skit. Tapi shif kali ini, lamalah skit d hospital, per shif 12 jam? ?
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
Sebelum ini, Norzizi memaklumkan keadaan bapanya semakin merosot selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.
BACA: “Kesihatan Papa Agak Tidak Stabil, Doakan Papa” – Norzizi Zulkifli Mohon Semua Doakan Kesihatan Bapa
Pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Tragedi Sri Mersing itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 6 Mac lalu selepas mengalami kesukaran membuang air besar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar