Hiburan

Baru 3 Tahun Dah Jadi Kaki Petai, Aksi Kunyah Ulam Mentah Anak Eina Azman Dapat Pujian Netizen

Azwa Rahman
22/07/2019
07:12 MYT
Sponsor Banner
Baru 3 Tahun Dah Jadi Kaki Petai, Aksi Kunyah Ulam Mentah Anak Eina Azman Dapat Pujian Netizen
Anak pelakon Datin Paduka Eina Azman, Karl Kareef mencuri perhatian netizen apabila sudah pandai menikmati ulam kegemaran ramai, petai.
Menerusi laman Instagram, Eina merakam aksi anaknya yang berusia tiga tahun itu ketika mengambil seketul petai dan dimakan secara mentah.
“I like petai,” komen Karl sambil dengan selamba mengunyah petai mentah tanpa ada rasa pelik.
Malah, Eina juga kelihatan teruja apabila anaknya mengunyah petai mentah kerana dirinya juga merupakan seorang kaki ulam.
Rata-rata netizen memuji gelagat anak Eina sambil berpendapat Karl sudah terdedah dengan pelbagai jenis masakan ibunya pada usia muda.
“Huih aih. Rilek je dia kunyah petai. Bagus Karl ni. Minum air banyak-banyak tau lepastu,” komen seorang netizen.
“Hahaha so cute! I yang dah tua ni pun still tak boleh eat raw petai. Congrats Karl,” puji seorang netizen tentang gelagat Karl.
Malah, ada juga netizen yang mengecam perbuatan Eina kerana beranggapan anaknya dipaksa untuk mengunyah ulam tersebut.
“Takde yang paksanya. Bukan Karl di suap. Dia sendiri amik petai dari mangkuk. Kalau takde benda nice nak cakap, diam lebih baik,” bidas Eina terhadap dakwaan netizen tersebut.
Video petai itu sehingga kini telah mendapat lebih 500,000 tontonan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar