Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Baru Bercerai Hujung Tahun Lalu, Raf Yaakob Dah Jumpa Pengganti? - “Awak Buat Jantung Saya Bergetar”

Izwan Isa 29/02/2024 | 23:55 MYT
Perkongsian sekeping gambar wanita bertudung dengan wajahnya ditutup oleh Raf Yaakob di Instagram menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.
Tidak hanya itu, adik kepada selebriti cef popular Datuk Fazley Yaakob itu turut menulis coretan yang agak panjang mengenai wanita yang baru sahaja dikenalinya itu.
“Pertama kali saya berjumpa dengan dia ketika di satu majlis Saya hanya melihatnya dari jauh. Tidak sampai 10 minit dia beredar. Faham sahaja, dah kata pun kerja kan? Dan beberapa minggu lalu, kita bertemu lagi.
“Kali ini di pusat beli-belah, di eskalator. Saya nak turun dan dia pula naik ke atas. Momen yang sangat random. Saya senyum pada dia. Senyum-senyum biasa sahaja. Saya hanya bersikap sopan. Tapi saya rasa macam dia senyum balik kepada saya. Cair sekejap. Tapi kelakar dan pelik.
Raf yang juga bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid menambah, dia mula menyedari wanita tersebut merupakan kenalan kepada rakan-rakannya selepas melihat wajahnya muncul secara kerap di susur masa Instagramnya.
“Girl, you came out of nowhere. Bila saya tak jangkakan. Jujurnya, saya sangka awak akan kata tidak. Tapi ya… Tentang semalam, saya harus akui, awak buat jantung saya bergetar,” tulisnya.
Untuk rekod, baik Raf mahupun Mawar, masing-masing tidak pernah mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.
Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 6; Raden Seri Rosabella Cinta, 4; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Umum Berpisah Dengan Suami- “Ini Jalan Terbaik Buat Kami”

BERITA TRENDING: "Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob

#Raf Yaakob
;