Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Gempak 10/09/2024 | 18:55 MYT

Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi itu.

Jururawat Beri Susu

Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Suspek Ditahan

Menurut beliau, susulan itu, suspek yang juga jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan ditangkap pada jam 6 petang, Selasa.

“Suspek yang berusia lingkungan awal 20-an dan masih bujang itu akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan permohonan tahanan reman esok (Rabu),” katanya.

Tambah Mohd Rosdi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Bayi Ditemui Tertanam Depan Rumah Di Ipoh

ARTIKEL BERKAITAN: Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Ambulans Gara-Gara Ditolak 4 Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Tergamak Lempar Bayi Baru Lahr Tujuh Jam Dari Motosikal
Sumber: Sinar Harian
#Jururawat #Ditahan #Bayi #Pantang #Susu #Maut #tersedak #Pengabaian
;