Viral
Bayi 8 Bulan Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim, Ibu Praktikkan Alunan Selawat, Zikir & Azan Setiap Hari
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.
Menurut ibunya, Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
"Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
"Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi 'high need' tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
"Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah... Dia boleh tenang dan tenung mata kami," katanya kepada Sinar Harian.
undefined
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr mendapat sembilan juta tontonan, satu juta tanda suka dan 17,000 komen daripada orang ramai.
Menerusi rakaman tersebut, ramai ibu bapa bertanya beberapa soalan mengenai kaedah untuk mendidik anak memahami dan menghafal surah lazim.
BERITA TRENDING: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami
BERITA TRENDING: Tersentak Qawiyaro bila terjah Ngaji Skateboarder KL dan dia cakap "Ujian hidup saya AYAH saya bang" - Hype Hafiz S2
BERITA TRENDING: "Allahuakbar Sungguh Sebak & Sayu" - Ustazah Asma Harun Tersentuh Anak Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 7 Bulan Di Akademi Al Quran AKMAL
Mengulas lanjut, wanita berkenaan tidak menyangka anaknya mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.
"Saya tidak sangka bacaan surah 'terakam' dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
"Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
"Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan 'tebuk' untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat," jelasnya. - Sinar Harian