BCL Fobia Ketinggian, Pernah Hampir Pengsan Sewaktu Buat Persembahan
Setiap individu mungkin mempunyai ketakutan atau fobia terhadap perkara-perkara tertentu.
Ternyata itu juga dialami oleh penyanyi terkenal Bunga Citra Lestari (BCL) apabila mendedahkan dirinya fobia kepada ketinggian.
Kata BCL, dia sedar mempunyai fobia terhadap ketinggian sejak kecil. Dirinya akan berasa sesak nafas setiap kali berada di tempat tinggi.
“Sebenarnya saya pun tidak tahu mengapa saya takut kepada ketinggian. Ini sejak kecil. Tapi yang pasti detak jantung berubah kalau berada pada tahap ketinggian tertentu kemudian akan susah bernafas,” ujar BCL seperti dilaporkan Kompas.com.
Meski punya fobia ketinggian, sebagai seorang penyanyi profesional BCL harus melawan ketakutannya itu.
Sebab itu kata BCL dia juga sudah beberapa kali BCL membuat persembahan di atas ketinggian tertentu. Dan katanya, dalam satu momen penampilannya, dia pernah hampir pengsan.
BCL bagaimanapun dengan cepat mengalihkan dirinya (dari ketinggian) dan kembali menyambung persembahan.
“Tapi sudah sempat beberapa kali ada show yang memang mengharuskan saya ada di ketinggian tiga meter, lima meter. Itu seperti mahu pengsan tapi boleh diatasi,” katanya.