Viral
Bekas Artikek Jual Nasi Kerabu Di Kota London - "Orang Sini Tertarik Dengan Warna, Kata Mereka Unik!"
Tular di media sosial mengenai seorang pemuda Cina- British yang merupakan bekas arkitek menjual nasi kerabu di London.
Menerusi video berdurasi satu minit 46 saat, video tersebut menunjukkan pemilik gerai sedang sibuk menjual nasi kerabu di sekitar Victoria Park, London.
Hilang Minat dalam bidang arkitek
Menurut pemilik gerai tersebut, mereka telah memulakan perniagaan sejak tahun 2019 dan keputusan itu diambil kerana dia kehilangan minat dalam bidang seni bina.
“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun.
“Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan saya hilang semangat dalam bidang tersebut. Akhirnya, saya nekad untuk ceburi dalam bidang masakan,” katanya.
Dapat sokongan dari keluarga
Jelasnya, keputusannya untuk membuka gerai nasi kerabu dipengaruhi oleh keluarganya, kerana bapanya pernah bekerja di sebuah restoran, selain itu, dia juga berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Kelantan.
“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh keluarga saya dimana ayah dulu pernah bekerja di sebuah restoran. Saya sendiri pun sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan ini
“Lagipun isteri saya seorang wanita dari Malaysia dan berasal dari Kelantan,” ulasnya.
Walaupun meraih hasil jualan yang cukup lumayan dengan menjual nasi kerabu di London, pemilik gerai tersebut turut berkongsi cabaran yang mereka hadapi dalam menjalankan perniagaan itu.
Tambahnya, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerainya tertarik dengan warna nasi kerabu, yang menjadi salah satu tarikan utama gerainya.
“Orang di sini tertarik dengan nasi kerabu ini kerana ia sesuatu yang unik dan tidak biasa mereka jumpa. Warna nasi kerabu ini juga memang jadi tarikan utama di sini,” kongsinya.
Komen netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan tidak menyangka nasi kerabu menjadi tarikkan di Kota London.
Antara komen yang ditinggalkan:
Must-Watch Video