Laman Utama
Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz menafikan terbabit dengan insiden pukul dan cubaan culik anak perempuan mereka, Laana Haura baru-baru ini.
Kata Hafiz kepada Harian Metro, dakwaan seperti yang ditulis netizen di media sosial merujuk kepada dirinya terlibat dalam insiden terbabit adalah fitnah.
"Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
"Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
"Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama 'move on' dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng," katanya.
Terdahulu, muncul dakwaan mengatakan Hafiz terlibat dalam insiden cubaan menculik Laana Haura ketika di taman permainan di Kota Damansara pada Ahad lalu.
Sementara itu, menurut Hafiz, dia mengetahui insiden itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.
"Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang 'forward' perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.
"Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.
"Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah," katanya.
Sumber: Harian Metro
#pelakon
#Lufya Omar
#Penyanyi
#Viral
#Pukul
#Laana Haura
#Taman Permainan
#Che Hafiz
#Kota Damansara
#Samseng