Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Beli Tali Skipping RM4,000
Menerusi video tersebut DSV telah membeli satu tali skipping LV yang berharga RM4,000.
Malah, DSV turut sempat mencuba sendiri tali skipping tersebut di dalam outlet LV itu dan menunjukkan kepada penonton dumbbell yang berharga RM15,000.
undefinedDSV fasih Mandarin
Lebih menarik perhatian lagi, DSV juga kelihatan fasih berbahasa Mandarin ketika berkomunikasi bersama jurujual outlet berkenaan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada netizen yang terkejut apabila DSV kelihatan fasih berbahasa Mandarin ketika berkomunikasi bersama jurujual outlet berkenaan.
“Pergh, Datuk cakap mandarin lah.
“Aku je ke taktahu DSV pandai cakap bahasa cina? Mantap Dato.
“Sejak bila pulak Datuk reti cakap bahasa cina,” komen beberapa netizen.