Laman Utama

Benam Singapura 4-1, Harimau Malaya Ke Separuh Akhir Piala AFF, Padu Gila Rembatan Stuart Wilkin

Maliah Surip
03/01/2023
15:14 MYT
Sponsor Banner
Benam Singapura 4-1, Harimau Malaya Ke Separuh Akhir Piala AFF, Padu Gila Rembatan Stuart Wilkin
Hasrat peminat bola sepak tempatan dan seluruh skuad negara Harimau Malaya tercapai apabila membenam pasukan Singapura 4-1 untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.
Malaysia berpesta empat gol dengan dua daripadanya dihadiahkan dari rembatan padu Stuart Wilkin pada minit 51 dan 55.
Turut menyumbang gol demi memastikan Malaysia bergaya mara menentang juara Kumpulan A, yang juga juara bertahan, Thailand adalah Sergio Aguero dan Darren Lok.
Permainan kemas dan kesungguhan untuk menang yang ditunjukkan skuad negara mendapat pujian dari seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan terakhir dalam kumpulan B tersebut.
Skuad kendalian Kim Pan-gon ini akan kunjungan Thailand di SNBJ pada Sabtu, sebelum meneruskan aksi timbal balik kedua di Bangkok, Selasa depan.
Sementara itu, Indonesia dan Vietnam akan bertembung pada aksi pertama di Jakarta Jumaat ini dan sebelum ke Hanoi, Isnin nanti.
Kredit Foto: BERNAMA, HARIAN METRO
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar