Gaya Hidup

Beralih Kepada Android... Betul Ke Kesetiaan Pengguna iPhone Mula Menurun?

Hanafis Haris
24/07/2019
10:27 MYT
Sponsor Banner
Beralih Kepada Android... Betul Ke Kesetiaan Pengguna iPhone Mula Menurun?
Kata orang, sekali menggunakan iPhone, maka tiada jalan untuk anda keluar selepas itu.
Ekosistem menyeluruh disamping aplikasi yang dioptimasi menyebabkan pengguna iPhone sukar beralih kepada sistem operasi lain.
Namun, kajian terbaru mendapati, tahap kesetiaan pengguna terhadap jenama iPhone telah mula berkurang sepanjang empat tahun lalu.
Kajian tersebut dikeluarkan oleh BankMyCell iaitu sebuah syarikat yang membolehkan anda menjual dan menaik taraf telefon pintar.
Menurut data yang dikumpul dari 38,000 pengguna, BankMyCell mendapati sebanyak 18.1 peratus pengguna iPhone telah beralih kepada Samsung sekitar Jun lalu.
Perkara ini berbeza dengan apa dilakukan pengguna Samsung apabila hanya 7.7 peratus pengguna Galaxy S9 beralih ke iPhone.
Sebagai perbandingan, 26 peratus pengguna iPhone X telah berpindah ke jenama lain.
Walaubagaimanapun angka ini tidak menunjukkan kesetiaan Apple atau Samsung secara keseluruhannya.
BankMyCell mengakui jumlah itu tidak mewakili jualan keseluruhan seluruh dunia.
Apapun pengguna berhak memilih sistem operasi yang bersesuai dengan kehendak masing-masing.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar