Berita

Berat Melebihi 100KG, Pegawai Kerajaan Korea Utara Cuba Cari Ubat Untuk Masalah Obesiti Kim Jong Un

Gempak
01/08/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Berat Melebihi 100KG, Pegawai Kerajaan Korea Utara Cuba Cari Ubat Untuk Masalah Obesiti Kim Jong Un

Pegawai kerajaan di Korea Utara dilaporkan sedang mencari ubat baharu untuk Kim Jong Un selepas pemimpin tertinggi mereka itu mengalami kenaikan berat badan mendadak.

Memetik Associated Press (AP News), agensi perisik Korea Selatan National Intelligence Service (NIS) memberitahu berat badan Kim Jong Un buat masa ini adalah sekitar 140 kilogram.
Disebabkan hal itu, pemerintah itu dikatakan mempunyai risiko penyakit jantung.

Obesiti

Penggubal undang-undang Korea Selatan berkata, risikan NIS mendedahkan yang Kim Jong Un kini mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi sejak usianya awal 30-an.

Menurut ahli parlimen Park Sunwon, NIS percaya masalah berat badan yang dialami oleh Kim Jong Un berpunca daripada stres selain minum minuman beralkohol berlebihan selain merokok.
Bapa Kim Jong Ung, Kim Jong Il dan datuknya, Kim Il Sung yang turut memegang puncuk kepimpinan Korea Utara sebelum ini masing-masing meninggal dunia akibat masalah jantung pada 2011 dan 1994.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 72 Tahun Maut Tercekik Biji Rambutan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Mukbang Maut Akibat Makan Berlebihan

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

Menurut AP News, NIS telah mendapatkan maklumat tentang bagaimana pegawai Kim Jong Ung mencari ubat baharu yang sesuai di luar negara untuk merawat penyakitnya.

Bagaimanapun, menerusi Politico pula, rekod prestasi NIS untuk mendapatkan risikan yang tepat mengenai rejim Kim adalah ‘tidak berapa tepat’.
Menurut akhbar berbahasa Inggeris Korea Selatan Yonhap, anak perempuan Kim Jong Un, Ju Ae, yang dispekulasi berusia sekitar 10 atau 11 tahun, dijangka mengambil alih peranannya sebagai pemimpin Korea Utara.

Laporan yang dikemukakan kepada parlimen Korea Selatan oleh NIS menunjukkan bahawa Korea Utara percaya bahawa Ju Ae adalah calon yang kuat untuk menggantikan Kim.

Sebanyak 60 peratus daripada penampilan awamnya termasuk menemani Kim ke acara berkaitan ketenteraan dan ekonomi.

NIS memberitahu ahli parlimen bahawa dia juga telah dirujuk sebagai ‘hyangdo’, yang bermaksud ‘untuk menerangi jalan ke hadapan dalam perjuangan revolusi’ dalam bahasa Korea. Biasanya, kata-kata tersebut digunakan untuk merujuk kepada pemimpin Korea Utara atau pengganti mereka.
Sumber: AP News
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar