,
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

Mya Amri
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.

Hadiah buat Inspirit

Bagi peminat atau lebih manis digelar sebagai Inspirit (gelaran rasmi peminat), kehadiran Sung Kyu begitu bermakna kerana Malaysia akan menjadi perhentian pertama bagi siri konsert jelajah asia penyanyi idola itu.
Lebih istimewa lagi, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3:Let's Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur akan diadakan selama dua malam di negara ini.

Inspirit Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi orang pertama yang menonton persembahan solonya selepas 11 tahun Sung Kyu tidak berkunjung ke Malaysia.

Sudah pasti [LV3: Let's Vacay] merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat yang menantikan kemunculannya selama ini.
Sung Kyu yang berjaya mencipta nama sebagai figura K-pop terkenal mula terlibat dalam bidang seni pada 2010 sebagai ketua kumpulan Infinite dengan album mini pertama mereka berjudul First Invasion yang merangkumi single utama Come Back Again dan yang sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi K-pop baharu.
Sejak daripada itu Sung Kyu terus mencipta kerjayanya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem, rancangan TV, muzikal dan pengacaraan.
Selepas menamatkan perkhidmatan tentera pada tahun 2020, Sung Kyu kembali beraksi sebagai penghibur dengan mengadakan konsert solo Shine Encore selama tiga hari di Seoul.
Selain itu Sung Kyu sering tampil dalam pertunjukan dan muzikal, serta mengeluarkan album mini ketiganya, Inside Me dan terus aktif hingga kini.
Sejak album mini solo pertamanya, Another Me yang dikeluarkan pada 2012, sehingga kini dia telah mengeluarkan satu album studio dan lima album mini.

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: 2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

Tiket-tiket sudah mula dijual sejak 17 Julai lalu dengan pelbagai faedah eksklusif untuk dimenangi peminat.
Dianjurkan oleh D-SHOW, dengan Offbeat dan 43 sebagai Promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let's Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.
Untuk info, [LV3: Let's Vacay] merupakan kesinambungan konsert solonya [LV] selepas [LV2: Like Your Vibes] yang diadakan pada tahun lalu dan [LV1: Light & Voice] pada tahun sebelumnya.

Harga tiket & tawaran ekslusif

Tiket boleh didapati melalui www.etix.com
VIP - RM788 (Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster Bertandatangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)
VIP BOX - RM728 (Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster Bertandatangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)
CAT 1 - RM688 (Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster Bertandatangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.)
CAT 2 - RM588 (Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster Bertandatangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let's Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi: Promoter FB: 43 www.facebook.com/43ent Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

‘Thor’ Buat Kejutan Muncul Di Konsert Ed Sheeran, Main Dram Depan 70,000 Penonton

gempak
28/08/2024
17:55 MYT
Aktor terkenal Chris Hemsworth muncul di konsert Ed Sheeran di Bucharest, Romania, pada malam Sabtu.