Hiburan
Beraya Di Rembau & Perlis, Fasha Sandha Ada 45 Pasang Baju Raya
Akan pulang ke Rembau, Negeri Sembilan dan Perlis untuk beraya, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Menurut isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, kebanyakkan baju itu dia terima sebagai hadiah daripada rakan pereka fesyen.
“Raya pertama di Rembau, manakala raya kedua akan balik bersama keluarga di Perlis pula. Alhamdulillah, tahun ini banyak juga baju raya, setakat ini ada dalam 45 pasang baju juga.
“Ramai orang hadiahkan baju raya kepada saya. Ada yang sedondon dengan keluarga tapi ada yang lain warna,” kata Fasha kepada Gempak.
Bantu Siapkan Bahan Masakan
Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia hanya akan membantu dari segi menyiapkan bahan-bahan masakan ketika berada di kampung halaman.
“Insya-Allah saya masak saja untuk raya tapi saya tidak la terlalu pandai dalam memasak, ada orang yang lebih pandai dan saya hanya membantu… macam potong bawang.
“Dekat dua-dua kampung ada orang yang memang paling hebat masak. Saya hanya membantu memotong saja,” ujarnya.