Hiburan
Berbulan Sepi Tanpa Berita, Peminat Lega Dapat Tahu Khabar Terkini Fatimah The Family UK - "Kami Kembali Setelah Menghadapi Masa Paling Sukar..."
Personaliti cilik kesayangan ramai, Fatimah Omar Mukhlis akhirnya berkongsi perkembangan terbaharu selepas beberapa bulan sepi tanpa berita.
Syukur dengan perkembangan terbaharu Fatimah
Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram milik keluarganya merakamkan Fatimah yang berada di wad kelihatan lebih ceria.Malah pempengaruh berusia 10 tahun ini juga tidak ketinggalan mengikuti pelbagai aktiviti termasuk melukis, mewarna dan bercerita.
Kelihatan nenek dan datuknya juga tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan buat Fatimah.
"Semoga Allah mengiktiraf ketabahan yang ditunjukkan setiap daripada kita, dan membuka jalan ke tahun 2025," kongsinya."Tahun ini telah menguji keluarga kami dengan cara yang tidak akan difahami sepenuhnya oleh sesiapa pun tetapi kami melalui setiap cabaran dengan tabah. "Dengan rahmat Allah, kami kembali setelah menghadapi masa-masa paling sukar bersama. Berdoa dan berkasih sayang serta mendoakan insan yang dikasihi. "Terima kasih kerana membawa kami melihat dari sisi lain. Kita akan melangkah ke tahun hadapan ini dengan berganding bahu.
Susulan hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram thefamily.uk itu, netizen menarik nafas lega sebaik mengetahui keadaan terkini Fatimah,
Menerusi ruangan komen, netizen juga menitipkan doa kesembuhan buat Fatimah dan berharap keluarganya terus tabah.
Terdahulu, Fatimah dimasukkan ke hospital sejak Mac 2024 dan pernah mengikuti prosedur pembedahan biopsi.
Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail bagaimanapun memohon maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dengan umum secara terperinci.
Must-Watch Video