Hiburan

Berehat Sekejap Dari Konsert Solo, Aina Abdul Kongsi ‘Plan’ Untuk 2025 - “Saya Yakin Keputusan Ini Penting…”

Asyraf Roslan
01/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Berehat Sekejap Dari Konsert Solo, Aina Abdul Kongsi ‘Plan’ Untuk 2025 - “Saya Yakin Keputusan Ini Penting…”
Selepas berjaya dengan siri A Night With Aina Abdul dan Imaji tour, penyanyi, Aina Abdul meluahkan hasrat untuk berehat seketika daripada mengadakan konsert solo.
Jelas pelantun lagu Jadi Ajar Aku itu, dalam tempoh itu dia tidak kemana-mana namun hanya mahu mencuba beberapa perkara lain.
“Saya bakal berehat daripada mengadakan konsert solo buat sementara waktu.
“Saya yakin keputusan ini penting untuk diri saya, kerana saya mahu melakukan beberapa perkara lain dan apa yang pasti saya tidak akan ke mana-mana pun,” katanya.
Pada masa sama, Aina juga berkongsi perancangannya untuk 2025 dimana dia mahu menggembara dengan muziknya selain mencari peluang untuk bekerjasama dengan artis dalam dan luar negara.
“Saya berharap tahun 2025 adalah waktu terbaik untuk saya menggembara dengan muzik saya selain berkolaborasi dengan ramai penyanyi di luar sana.
“Saya ada banyak senarai artis yang saya teringin nak bekerjasama di dalam mahu pun luar negara. Kalau saya sebut nanti sudah tiada kejutan,” kongsi Aina.
Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani bakal menamatkan jelajah konsert Imaji di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari 2025.
Sekadar info, Aina telah berjaya melakukan konsert Aina Abdul Imaji Tour di dua buah lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Zepp Kuala Lumpur.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024