Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”
Lesap RM888
Dakwa Imran, dia terpaksa berhabis wang sebanyak RM888 bagi temu bual permohonan visa.
“Kisah sedih hari ini. Bayar RM888 just for the interview,” dakwa Imran.
Malah, dalam perkongsian di platform X itu, Imran turut menceritakan kisah ketika temu bual tersebut berlangsung.
Mahu Ke Coachella
Dalam perbualan tersebut, penemu ramah bertanyakan tujuan Imran untuk ke negara Uncle Sam itu.
Imran menjawab kunjungan dia ke AS adalah disebabkan mahu ke festival muzik dan seni popular, Coachella yang berlangsung di California.
Penemu ramah turut bertanyakan apakah pekerjaan terkini Imran, lalu Imran menjawab dia seorang pencipta kandungan atau content creator.
Permohonan Visa Ditolak
Tanpa memberi sebarang alasan, penemu ramah tersebut dikatakan menolak permohonan visa Imran untuk ke AS.
“Without telling me why, Tetapi saya ada tanya service team dan mereka kata ‘kami tiada alasan yang spesifik’.
“Takkan duit aku burn gitu je.
Alasan Tak Kukuh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dengan mengatakan tujuan yang diberikan Imran tersebut tidak kukuh.
“Reason tak kena Imran. You should say i want to make a vlog tour in US or i want to make a memories by travelling in US,” komen netizen.
“Takpe Imran try lagi! Tapi kena bagi jawapan yang dorang nak dengar je,” tulis netizen.