Viral

Beri Bayi Usia 10 Hari Makan, Tindakan Individu Ini Dibidas Netizen - "Kalau Tersedak Macam Mana?"

Firdaus
20/05/2024
07:02 MYT
Sponsor Banner
Beri Bayi Usia 10 Hari Makan, Tindakan Individu Ini Dibidas Netizen - "Kalau Tersedak Macam Mana?"
Satu hantaran di media sosial baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila entri tersebut memaparkan seorang individu memberi makan kepada bayi yang berusia hanya 10 hari.

Selamba Beritahu Usia Bayi

Menerusi tangkap layar komen yang dimuat naik semula di Platform X, empunya video menjawab kepada pertanyaan seorang individu yang mengajukan soalan tentang usia bayi berkenaan.

"Kalau tersedak macam mana?

Susulan kepada jawapan yang diberikan, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan keselamatan bayi berikut selain menyifatkan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
“Astaghfirullah saya marah sangat, memang ada orang yang tak patut bergelar ibu bapa. Kalau tersedak macam mana? 10 hari bukan boleh menyusu sahaja ke? Gila!”
“Kalau nak anak tu belajar jadi ibu bapa dulu supaya tak bodoh. Bayi usia enam bulan pun masih boleh tersedak kalau diberi makan. Ini bayi 10 hari kau bagi makan?!”
“Tak tahu ibunya dapat edukasi dari mana bayi masih 10 hari sudah diberi makan begitu. Sekadar info, kes itu dipercayai berlaku di negara Indonesia.

BERITA TRENDING: Lagi Kes Buang Bayi, Siap Sertakan Nota Mohon Dijaga - “Tolong Jaga Anak Ini…”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 3,000 hantaran semula di Platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar