Beri Botol Percuma Berserta Kod QR Baucar RM200, Pihak Berkuasa Gesa Orang Awam Peka Modus Operandi Scammer
Aktiviti penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘scam’ semakin berleluasa ketika ini.
Botol Percuma Dengan Kod QR Mencurigakan
Terbaharu, tular taktik yang didakwa satu cara penipuan di mana pihak yang tidak dikenali memberikan botol secara percuma dan diletakkan di atas pagar-pagar rumah penduduk taman perumahan.
Modus operandi Scam terbaru, Dapat botol air percuma. siap letak kt rumah, walau kita tak order. Dekat botol tuh Ada label QR, *jangan di scan ya.* Ini semua kerja penyamun, nak scan duit Anda semua pic.twitter.com/wFl2RfqOuh
— #UpdateInfo??? (@update11111) April 12, 2024
Oleh kerana kebimbingan yang disuarakan ramai pihak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkongsi pihak polis masih lagi belum menerima sebarang aduan berhubung isu yang dikemukakan, namun, dirinya mengingatkan ia tidak bermaksud bahawa kod QR di botol-botol percuma itu selamat untuk diimbas.