Beri Sumbangan & Makin Kerap Bersuara Di Media Sosial, Sokongan Meerqeen Terhadap Palestin Tetap Kukuh
Makin kerap memuat naik tentang isu di negara Palestin, pelakon meningkat naik, Meerqeen menyatakan bahawa dia tidak pernah berubah pendirian terhadap sokongan ke atas negara itu.
Pernah Beri Sumbangan
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, memaklumkan dirinya sebelum ini pernah memberi sumbangan kepada negara itu namun tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada orang ramai.
"Saya memang menyebelahi Palestin sahaja...
Berkongsi lebih lanjut, Meerqeen turut memohon maaf sekiranya perbuatannya yang disifatkan sebagai seorang yang ‘tidak ambil kisah’ sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak.
BERITA TRENDING: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main Anj***” - Meerqeen Hilang Sabar, Netizen Biadap Label Ibu Bapa Israil
Sekadar info, Meerqeen sebelum ini pernah dikritik teruk netizen kerana seolah-olah tidak mengambil berat terhadap konflik yang berlaku di negara Asia Barat itu selain bergambar dengan pelakon dari Israel, Gal Gadot.
Terdahulu, pelakon itu turut menerima pelbagai cemuhan di mana ada netizen yang menyindir aktor berkenaan sebagai ‘anjing’ kepada Israel kerana berdiam diri berikutan peperangan yang terjadi.