Hiburan
Bermula Dengan Ceria Popstar, Erissa Puteri Tak Kisah Nama Lambat Panas Meski 10 Tahun Dalam Industri – “Saya Tak Terasa Sebab..."
Penyanyi dan pelakon Erissa Puteri tidak menyerah kalah apabila namanya dalam industri lambat panas meskipun sudah 10 tahun dalam industri hiburan tanah air.
Zaman Dah Berubah
Menurut Erissa Puteri, 22, dia mengakui persaingan platform media sosial menjadi faktor kepada rentak karier seninya kini.
“Saya bermula pada umur 11 tahun, jadi dah sepuluh tahun saya dalam industri.
“Sekarang adalah zaman media sosial, sebagai contoh walaupun tak keluar televisyen pun boleh popular.
“Mungkin disebabkan persaingan-persaingan sebegitu akan memperlahankan perkembangan diri,” katanya kepada Gempak.
Ujar pelakon drama bersiri SMK itu lagi, dia juga sibuk memberi tumpuan kepada pengajiannya di universiti berbanding kerjaya.
“Saya sendiri pun sibuk menyambung pelajaran sebelum ini dan tidak memberi fokus sepenuhnya kepada karier.
“Walaupun content yang kami muat naik tak meletup atau raih tontonan tinggi saya tak terasa dengan perkara itu.
“Sebab pelajaran saya tetap jadi keutamaan dan karier saya akan jadi perkara kedua yang membantu masa depan saya,” ujarnya lagi.
Erissa yang juga bekas perserta program realiti, Ceria Popstar itu turut memaklumkan dia bakal muncul dengan buah tangan single baharu pada tahun ini.
“Insya-Allah tahun ini juga saya akan rilis single baharu.
“Saya dah selesai rakam dan tak pasti bila akan diluncurkan. Lagu itu ciptaan komposer, Ikhwan Fatanna.
“Single pertama saya 10 tahun lalu dan saya banyak buat lagu untuk OST drama di Astro,” kongsinya.
Untuk info, Erissa pernah menyertai Ceria Popstar musim kedua pada 2014 dan mula menceburi bidang lakonan dengan drama-drama cilik di Astro seperti Geng UPSR, Puasa Oh Puasa, SMK dan banyak lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Erissa Puteri Kini Tunangan Daniel Iskandar, Tak Sangka Jodoh Datang Awal Di Usia 22 Tahun - “Kami Kenal Pun Tak Sampai Setahun”
ARTIKEL BERKAITAN: Panas Isu Keganasan Rumah Tangga, Mimi Lana Tak Takut Berkahwin - “Saya Doakan Jika Kahwin Nanti Allah Permudahkan”
ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Lambat Panas Berbanding Rakan Lain Selepas Hero Remaja, Jazmy Juma Percaya Pada Rezeki – “Saya Tak Rasa Terkejar-Kejar"
Must-Watch Video