Laman Utama

“Bertemu Pada Tahun 2013 Ketika Dia…” - Jovian Mandagie Kongsi Foto Pertama Mira Filzah

Mya Amri
07/09/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Bertemu Pada Tahun 2013 Ketika Dia…” - Jovian Mandagie Kongsi Foto Pertama Mira Filzah
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie berkongsi momen pertama sewaktu bertemu dengan pelakon Mira Filzah.
Menurut Jovian Mira merupakan seorang wanita yang sangat berdedikasi dan berdisiplin terhadap kerja yang dilakukan.
Menerusi coretan di akaun Instagram miliknya, Jovian juga memuat naik foto Mira sewaktu menjadi wajah pertama JHijab.
“Bertemu @mfmirafilzah pada tahun 2013 ketika dia baru sahaja ditemui dan akhirnya menjadi wajah pertama JHijab (leret ke kiri untuk melihat beberapa foto epik anda Mira).
“Selama satu tahun bekerja dengannya sangat baik kerana dia merupakan seorang wanita yang rajin, rajin, berdisiplin dan berdedikasi.
“Sangat gembira melihat sejauh mana dia telah tiba. Mereka yang dekat dengannya akan tahu bagaimana tekad dan gigihnya dia dalam kerjayanya, ingin menjadi bintang sejak hari pertama,” coretnya.
Jovian juga turut mengucapkan tahniah kepada Mira dan suaminya, Wan Emir yang telah mendirikan rumahtangga.
“Jumaat lalu, saya dan isteri, @ninaismailsabri mendapat keistimewaan untuk melihat sebuah majlis perkahwinan yang indah antara dia bersama suaminya.
“Kami berasa sangat gembira untuk anda berdua, semoga Allah merahmati perkahwinan kalian selamanya. Selamat pengantin baharu #EmirAmirah,” coretnya.
Met @mfmirafilzah in 2013 when she was just discovered and eventually became the first face of JHijab (Swipe left to see some epic photos of you Mira). Had a great one year working with her as she has always been that hardworking, disciplined and dedicated girl. Very happy to see how far she has come eversince. Those who are close to her would know how determined and persistent she is abt her career, wanting to be a superstar since day one. Last Friday, @ninaismailsabri and I had the priviledge to witness such a beautiful ceremony celebrating her love with @wanemirastar, we are very happy for you two and may Allah bless your marriage eternally. Very flattered to be mentioned in your impromptu speech, I hope you will always stay grounded and humble as you have always been Mira @mfmirafilzah. Selamat pengantin baharu #EmirAmirah
A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on
Terdahulu, Mira dan Wan Emir selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.58 malam, Jumaat.
BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir
BACA: “Cantik Semua Cantik, Macam Dekat Galaxy” - Pelamin Mewah Mira Milzah Buat Ramai Kagum!
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah
Dalam majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu pihak perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin serta 9 dulang berbalas 11 dulang. Bagaimana pun wang hantaran dirahsiakan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024