gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syed Saddiq Mohon Waktu Berehat Bersama Keluarga Selepas Dilepaskan Atas Empat Pertuduhan - “Lima Tahun Difitnah, Diuji, Dihina…”
HIBURAN
Rumah Brad Pitt Dipecah Masuk, Pencuri Larikan Barang
HIBURAN
"Dapur Pun Kena Basmi Kuman, Stok Makanan Sedia Ada Kena Buang" - Michael Ang Masih Khuatir, Beri Saranan Buat Kieda Crepe
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nilam Ortiz Buang Silikon Hidung, Mahu Cari Ketenangan - “Lepas Ni Buang Tatu & Hapuskan Dosa-Dosa Dulu”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
16/05/2025
10:32 MYT
Sponsor Banner
Nilam Ortiz Buang Silikon Hidung, Mahu Cari Ketenangan - “Lepas Ni Buang Tatu & Hapuskan Dosa-Dosa Dulu”
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nilam Ortiz membuat keputusan berani apabila menjalani pembedahan membuang silikon di bahagian hidung demi mencari ketenangan jiwa.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz, 45, berkata walaupun ada yang menasihatinya supaya tidak perlu membuang silikon kerana dia sudah bertaubat namun, dia merasakan tindakan itu adalah sebahagian daripada proses memperbaiki diri.
“Ada orang cakap dengan saya tak payah (buang) silikon atau tatu kalau sudah bertaubat.

“Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun. Betul saya sangat bersetuju! Tapi setiap orang berbeza pendapat. Bagi saya lebih baik sakit mencuba (buang) dan kemudian baru serah daripada menyerah tanpa mencuba,” katanya.

Tambahnya lagi, dia percaya usahanya itu tidak akan menjadi sia sia kerana dia yakin Allah SWT melihat dirinya berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, Nilam juga mengakui dia mempunyai hasrat untuk membuang tatu yang ada pada badannya suatu hari nanti.
"Sekurangnya Allah melihat usaha saya, fasa pertama sudah pun berjaya. Bengkak muka macam ikan kembung tapi saya akan bersiaran langsung seperti biasa. Selepas ini buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu.
"Semoga Allah menerima taubat dan Insya-Allah hidayah ini akan saya jaga sampai tutup mata. Doakan ya!," kongsinya.
Topic Berkaitan
#Hidung
#Tenang
#Buang
#Silikon
#Nilam Ortiz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement