Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Bertemu Semula Bapa Selepas 30 Tahun Terpisah, Datin Thalia Baiduri; "Tak Perlu Rasa Dendam, Cium Tangan Sementara Ada"

Amri Hassan 15/03/2024 | 02:40 MYT
Pelakon dan usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri mengakui tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya yang telah terpisah sejak 30 tahun lalu.
Dipertemukan semula pada Januari lalu, kata Thalia, ia merupakan rezeki dan kurniaan sangat besar dalam hidup.
Malah, akui Thalia, dia mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.
"Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.
"Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin," katanya yang mesra disapa Bunda Lia.
Pertemuan dengan papanya ditemani adik Dayana dikongsi di laman TikTok miliknya dan mendapat respon baik daripada pengikutnya.
Akui Thalia, dia melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berjumpa dengan figura seorang bapa di saat masing-masing masih bernyawa.
"Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.
"Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang," katanya yang mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk dan fesyen jenama Talia.
Netizen turut bersetuju dengan Thalia dan memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.
Antara komen mereka termasuk bersetuju setiap yang berlaku pasti beserta hikmah tersembunyi.
"Ustaz cakap mak ayah tak pernah salah walaupun buruk macam mana! Nangis weh dengar," kata Rawrr.
Mydinda pula menyifatkan Thalia seorang kakak sulung contoh terbaik dan memuji tindakan buang yang keruh ambil yang jernih.
"Terbaik datin, suka hati baik datin," katanya memuji kakak kepada Madammu itu.
Bercerita lanjut, Thalia mengakui kerap berhubung dengan bapanya selepas petremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.
Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak ini berkata, walau sibuk jangan abaikan ibu bapa sementara mereka masih ada.
"Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan," katanya.
undefined
#pelakon #Bapa #Usahawan #Terpisah #Madammu #Dendam #Datin Thalia Baiduri
;