Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh Buaya

Maliah Surip 10/05/2024 | 11:06 MYT
Seorang wanita yang juga ibu sanggup berlaku kejam terhadap anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) apabila membuang kanak-kanak itu ke dalam terusan yang bersambung dengan sungai yang terkenal sebagai tempat populasi buaya hanya kerana bertengkar dengan suaminya.
Insiden yang berlaku di utara India itu menyaksikan kanak-kanak lelaki OKU berusia enam tahun yang mengalami masalah lambat bertutur itu maut selepas ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan di Sungai Kali di kawasan Uttara Kannada.
Pasangan yang dikenali sebagai Savitri, 32, dan suaminya, Ravi Kumar, 36, dipercayai bertengkar mengenai anak mereka yang dianggap sebagai beban, lapor Times of India.

“Selepas bertengkar kerana masalah anak mereka yang OKU, Savitri telah membuang anaknya ke dalam terusan yang bersambung dengan Sungai Kali sekitar pukul 9 malam waktu tempatan,” ujar pihak berkuasa tempatan.

Savitri mendakwa membuang anaknya selepas disuruh suami kerana mereka kerap bertengkar dan tertekan mempunyai anak OKU.
Mangsa merupakan anak pertama pasangan yang juga mempunyai seorang lagi cahaya mata berusia dua tahun.
Menurut laporan sama, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui tanpa tangan dan mengalami banyak luka pada seluruh badan dipercayai kerana dibaham buaya.

BERITA TRENDING: Hanya Mengemis Sekitar 5 Jam Di Pasar Malam, Peminta Sedekah Ini Berjaya Beli Proton X70 Premium

PILIHAN PEMBACA: Cakra Khan Terima Kejutan Gadis OKU, Sempat Jamah Burger ‘Kahwin’ Atas Pentas!
#Viral #Anak #Suami #OKU #Buaya #Buang
;