VIRAL
"Betul Ke Kalau Makan Panadol Ia Kekal Dalam Badan Selama 5 Tahun?" - Ini Jawapan Dr Amalina
Biarpun jauh di luar negara, pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri tetap melayan soal jawab daripada sesiapa sahaja di Malaysia.
Sering dipandang sebagai seorang doktor yang no nonsense, dia sering merujuk kepada kepakaran dan pembelajarannya untuk memberikan penerangan tentang pantang larang yang tidak masuk akal.
Sebenarnya bukan dia berseorangan, ramai lagi doktor-doktor di Malaysia yang cuba memberikan nasihat yang baik seperti Dr Imelda (sekadar memberikan contoh) yang turut sama cuba mendidik masyarakat di Malaysia.
Terbaru, Dr Amalina menjawap satu persoalan yang dikemukan oleh seorang pengikutnya di Twitter.
"Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama 5 tahun?
"Panadol atau paracetamol hanya kekal dalam badan selama beberapa jam sahaja. Panadol akan diproses oleh hati (liver) bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kencing," jelas Dr Amalina.
Menurut Dr Amalina, panadol perlu diambil mengikut dos yang dibenarkan untuk mengelakkan 'overdose'. Untuk mereka yang mempunyai berat badan melebihi 50kg, dos yang dibenarkan adalah antara 500mg hingga 1g, setiap 4 hingga 6 jam sehari dan maksimanya adalah 4g sehari.
"Bagi mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang, anda mengambil ubat TB, ubat pencair darah, atau ubat epilepsy sila dapatkan nasihat doktor/pharmacist.

"Panadol bukan NSAID. Ia adalah acetaminophen. Panadol selamat diambil mengikut dos yang disarankan. Ambilnya secara berkala seperti yang disarankan jika anda mengalami kesakitan. Jangan tunggu bila dah sakit teruk baru nak ambil. Kalau tidak berkesan, pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan nasihat lanjut," tulis Dr Amalina lagi.
Dr Amalina juga berkongsi laman sesawang untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut. Anda boleh layari nhs.uk


Must-Watch Video