Laman Utama

“Biarlah Jadi Kenangan…”- Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro

Syafiqah Jalal
04/08/2022
08:44 MYT
Sponsor Banner
“Biarlah Jadi Kenangan…”- Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro
Tidak berniat untuk berbalah, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat Shahrol tidak sepatutnya membuat provokasi di atas isu yang berlaku antara penyampai Fizi Ali dan DJ Lin.
Malah sebagai penyampai di stesen radio yang diperkatakan, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak mempunyai rasa tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.
“Pada pandangan saya Shahrol tak perlu pun sentuh isu ini. Kami di sini (penyampai) termasuk DJ Lin dan Fizi Ali tidak bergaduh pun.
“Isu yang Shharol bangkitkan bagi saya bersifat peribadi. Kalau dia rasa nak bermusuh biar dia seorang saja, jangan tiba-tiba nak jadikan Fizi Ali sebagai geng yang sama kononnya telah teraniaya.
“Bila dia sedang berkata tentang stesen radio kami dan beri provokasi saya rasa bertanggungjawab untuk ke depan dan tidak boleh hanya berdiam diri, contohnya saya nak tanya jika dia seorang pemimpian negara dan bila orang luar ada mengata sesuatu kepada negaranya adakah dia akan mendiamkan diri?,” katanya kepada Astro Gempak.
Ajak dihubungi oleh Gempak selepas isu perbalahan mereka berdua di ruangan komen Instagram (IG) Shahrol.
Kelmarin, Shahrol dalam satu kemas kini di IG miliknya berkongsi pendapatnya tentang pihak pengurusan stesen radio yang didakwa tidak profesional yang mengatakan perkara buruk tentang bekas penyampainya.
Shahrol menyentuh isu berkenaan apabila berkongsi satu artikel mengenai Pengurus Besar Stesen Suria FM, DJ Lin yang terkilan akan keputusan Fizi Ali meninggalkan stesen radio yang mana tempat yang sama pernah dia bertugas dahulu.
Entri itu mendapat perhatian netizen apabila dilihat Ajak dan Shahrol seperti sudah tidak sehaluan. Malah ada yang mempersoalkan adakah kumpulan Shiro yang ditubuhkan sewatu Raja Lawak musim ke-6 sudah dibubarkan.
Menjawab persoalan itu, Ajak memberitahu dia sudah tidak tahan lagi untuk meneruskan persabatannya dengan Shahrol yang dianggap suka berpura-pura.
“Secara jujur saya sudah penat nak cakap mengenai kami bergaduh atau apa. Cuma saya nak tanya kalau dia anggap saya sahabat kenapa dia panggil saya sahabat di IG sahaja sedang kami sudah 4 tahun tidak berjumpa mahu pun berhubung.
“Mengenai kumpulan Shiro pada saya biarlah ia jadi kenangan kerana saya sudah tak boleh hidup dengan orang yang berpura-pura selama ini.
“Selama sedekad saya dalam industri, saya tak pernah keluar kenyataan atau komen mengenai artis lain seperti appa yang dia lakukan. Dia seperti sudah lupa diri. Saya boleh kata jangan sanjung kaduk naik junjungt,” luahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar