HIBURAN
Big Stage 2 : "Kalau Sudah Di Tangga Kedua, Mesti Usaha Untuk..." - Dinda Permata
Penyanyi dari Indonesia yang juga peserta Big Stage 2, Dinda Permata tidak mahu berasa selesa selepas berada di tangga kedua dalam konsert pertama program tersebut malam tadi.
Menurut Dinda, dia ingin terus berusaha keras agar tidak jatuh dan terus bertahan dengan markah yang tinggi.
"Syukur Alhamdulillah, saya berada di tangga kedua pada konsert pertama ini.
"Namun begitu, saya tak boleh selesa dengan markah itu... Ini baru konsert minggu pertama, saya harus berusaha lebih keras lagi.
"Kalau malam ini saya berada di tangga kedua, saya mesti usaha untuk berada di tangga pertama pula," katanya kepada Gempak.
Dinda yang menyanyikan lagu Tak Sanggup Lagi malam tadi ditemu bual selepas tamatnya konsert pertama Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Dinda turut meluahkan kerisauan terhadap penerimaan peminat di Malaysia terhadap dirinya.
"Sejujurnya, saya agak risau dengan penerimaan peminat di Malaysia terhadap diri saya, ada yang masih belum mengenali siapa Dinda Permata.
"Namun saya serahkan segalanya kepada Tuhan, jika sudah tertulis rezeki saya di sini, insya-Allah tak akan kemana juga," tambahnya.
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

.jpg)
Must-Watch Video