Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Abang Ajai Kata Vokal Perlu Diperbaiki, Saya Akan Lakukan” - Isaac Voo Tak Sentap, Mahu Buktikan Boleh Jadi Lebih Baik

Mya Amri
15/05/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: “Abang Ajai Kata Vokal Perlu Diperbaiki, Saya Akan Lakukan” - Isaac Voo Tak Sentap, Mahu Buktikan Boleh Jadi Lebih Baik
Bintang pertama tersingkir di Big Stage 5, Isaac Voo tidak berkecil dengan komen dan teguran yang diberikan oleh juri tetap iaitu Ajai.
Sebaliknya kata Isaac, dia mengambil teguran itu secara positif dan akan memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.
“Saya percaya juri pilih saya bersebab, mereka adalah juri jadi mereka pasti tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya.
“Saya terima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan saya rasa saya akan buat lagi baik untuk di masa akan datang.
“Saya dengar abang Ajai kata vokal mungkin boleh diperbaiki lagi, jadi saya akan buat dan perbaiki seperti yang disarankan.
“Saya tidak kecil hati, dia sebagai juri jadi saya terima segala komen dengan hati terbuka. Saya akan buktikan pada Abang Ajai yang saya boleh menyanyi,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai penyingkirannya, Isaac mengakui pada mulanya berasa bingung namun tidak menyalahkah sesiapa.
“Markah saya paling rendah, lepas saya tahu Naufal tersingkir saya terkejut. Kenapa Naufal? Tapi ketika itu saya tidak fikirkan apa-apa.
“Kemudian bila juri kata mahu gunakan Imuniti X, saya jadi bingung sekejap. Saya keliru dengan situasi tersebut.
“Bila dia jelaskan mahu guna Imuniti X itu kepada saya barulah saya sedar yang saya tersingkir. Saya okay dan saya harap peminat pun okay,” jelasnya sambil tersenyum.
BACA: #BIGSTAGE5: “Saya Minta Maaf Pada Peminat Isaac Voo…” - Naufal Azrin Janji Beri Persembahan Terbaik
Terdahulu, Isaac Voo menjadi bintang pertama yang tersingkir di konsert kedua Big Stage 5.
Penyingkiran Isaac itu adalah menerusi Imuniti X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar