Laman Utama
#BIGSTAGE5: “Saya Minta Maaf Pada Peminat Isaac Voo…” - Naufal Azrin Janji Beri Persembahan Terbaik
Bintang Big Stage 5, Naufal Azrin memohon maaf kepada peminat Isaac Voo atas penyingkirannya di konsert kedua yang berlangsung pada Ahad.
Tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi, Naufal berjanji akan memberikan persembahan terbaik di minggu hadapan.
“Saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya tak ada niat langsung. Memang saya rasa sepatutnya saya yang keluar.
“Tapi saya pun tak tahu nak buat macam mana, Isaac yang keluar… Jadi saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya janji saya akan bayar minggu hadapan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai kedudukan di tangga terbawah, Naufal akui tidak menyangka juri akan menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkannya daripada tersingkir.
“Saya rasa agak serba salah pun ada, agak berat pun ada tapi saya ambil jalan positif, saya terima dengan hati yang terbuka.
“Saya akan memberikan persembahan dengan lebih baik pada minggu hadapan dan minggu seterusnya kalau ada rezeki.
“Memang saya sudah pasrah. Semasa nama saya dah keluar di screeb itu pun saya fikir mungkin tak ada rezeki saya di Big Stage 5 tapi ada di tempat lain, saya reda.
“Tiba-tiba abang Ajai dan kak Aina guna Imuniti X. Alhamdulillah terselamat. Tetapi dalam masa yang sama turut berduka dan bersedih sebab kehilangan Isaac.
“Sejujurnya saya tak terfikir pun Isaac atau Aufa yang terkeluar sebab dah pilih nama saya. Waktu itu saya lah yang layak keluar. Isaac dan Aufa pun memang sudah berikan yang terbaik.
“Saya pun tak pasti apa yang terjadi pada saya, mungkin juga sebab menjadi orang pertama yang buat persembahan jadi tekanan itu agak tinggi. Tetapi saya buat yang terbaik,” jelasnya.
Terdahulu, Isaac Voo menjadi bintang pertama yang tersingkir di konsert kedua Big Stage 5.
Penyingkiran Isaac itu adalah menerusi Imuniti X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Must-Watch Video